Saturday 4 August 2012

Rahsia: 25 Tanda-tanda Sakit


Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua.
Tanda-tanda sakit yang kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita semua.

1)MATA(bertindak balas dengan hati)
1.Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi, mata menjadi merah menandakan badan kita dalam proses pembungan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyimbangan hati sedang berlaku.
2. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah,menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
3. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut paut dengan hati dan bebanan kerja.
4. Ketengan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2)HIDUNG(mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
1. Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mempunyai asid berlebihan(biasanya suhu badan meningkat)
2. Hidung tersumbat: Paru-paru mengandungi toksin berlebihan. Proses penyimbangan masalah alahan hidung.
3. Bersin: 
i)Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
ii)Proses menyimbangkan masalah alahan hidung.

3)BATUK
1. Batuk keluar kahak: Proses pembuangan toksin di bahagian keronkong.
2. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksik berlebihan. Biasanya kahak pekat akan keluar selepas beberapa hari memakan RG.
3. Batuk dan rasa gatal di bahagian kerongkong: Proses pembungan toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru,biasanya berlaku kepada orang yang banyak merokok atau banyak terdedah dengan udara tercemar.

4)KERONGKONG
1. Kerongkong kering: Proses pembuangan toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda badan kita memerlukan air yang banyak untuk membuang toksin.
2. Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5)BIBIR(berkaitan dengan fungsi penghadaman)
1. Bibir pucat: 
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mempunyai banyak angin.
iii) Kurang darah disebabkan system penghadaman yang kurang sempurna dan           
mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan dahulu fungsi penghadaman dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering dan pecah: Perut mempunyai banyak bahan toksin.

6)MULUT DAN LIDAH(berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
1. Lidah atau gusi bengkak,sakit:  menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti mempunyai lemah berlebihan,injap menjadi lemah,saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
2. Lidah,tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah(ulser): Menendakan darah mengandungi asid berlebihan.
3.Mulut berbau busuk: Proses penyimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7)TELINGA(berkaitan buah pinggang)
1. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mempunyai asid berlebihan.
2. Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki akan berasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu akan hilang selepas berjalan.

8)KULIT BERPELUH
1. Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
2. Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9)RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut  dalam air.

10)KULIT GATAL DAN RUAM
Proses penyingkiran toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungu banyak bahan kimia.

11)KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembungan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk ganoderma pada kulit berkenaan.

12)RAMBUR GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur rambut,rambut akan tumbuh dengan lebih sihat dan subur.

13) SENDI-SENDI,TANGAN DAN KAKI
A. Sakit sendi
1.Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai(gout).
2.Tidak terasa panas:Tanda-tanda sakit lenguh(rheumatism)
3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisma tidak seimbang.
B. Kebas tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
C. Kebas tangan kiri dan lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika terasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal disana,ini menandakan serangan jantung mungkin akan berlaku.
D. Kebas kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E. Sakit tapak kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
F.Sakit tumit kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G. Rasa panas ditapak kaki: Penyimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H. Gatal celah-celah jari kaki: Menunjukkan tanda-tanda awal penyakit kaki busuk(Hong Kong Foot)

14)TANDA-TANDA DALAMAN
A. Kepala
Secara amnya,segala tindak balas yang berlaku dibahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah,jantung dan saraf otak.
B. Pening/sakit dibahagian belakang kepala
Menandakan sakit tekanan jiwa (neorosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. Pening/sakit dibahagian belakang kepala:
i)Bahagian atas: Menunjukkan penyakit darah tinggi.
ii)Bahagian bawah(tengkuk): Menunjukkan penyakit darah tinggi atau tekanan darah rendah.
D.  Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga: Menandakan sakit migrain.
E. Bisul terjadi di kepala: Tanda-tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. Rasa pening yang memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah yang kurang lancar.

15)MULUT/KERONGKONG/LIDAH
A. Loya/muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksin dari bahagian perut.
B. Muntah darah:
i) Muntah darah merah: Pembuangan tisu yang rosak dibahagian kerongkong.
ii)Muntah darah hitam: Pembuangan tisu yang rosak dibahagian perut,misalnya penyakit ulser.

16) LIDAH TERASA TEGANG DAN PENDEK: Tanda penyakit jantung.

17) KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

18) KENCING
A. Kerap kencing: Menunjukkan buah pinggang mempunyai kotoran
B. Air kencing berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C. Air kencing berminyak: Menunjukkan buah pinggang mempunyai kotoran berlemak.
D. Air kencing pekat dan berwarna coklat: Menandakan proses pembungan toksin sedang berlaku.
E.Air kencing berdarah: Menunjukkan penyakit batu karang atau buah pinggang terluka.

19)BUANG AIR BESAR
A. Cirit-birit/kerap buang air besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit serta merta selepas memakan RG,menandakan penyakit barah di usus besar.
B. Sembelit: Membersihkan toksin diusus kecil.
C. i)Najis berdarah merah: Penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
    ii)Najis berdarah hitam: Penyakit ulser perut.
D. Najis berwarna hitam: Menunjukan proses pembuangan toksin dibahagian usus sedang berlaku.

20) BADAN
A) Rasa sakit: Secara amnya,segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
1.Sakit menyucuk: Proses menyimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3. Sakit menyentap:  Proses penyimbangan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4. Sakit menengang: Proses melancarkan pengaliran darah.
B) Badan terasa berat/malas/lenguh: Badan mempunyai asid yang berlebihan.
C) Badan terasa panas: Badan mempunyai asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan air yang banyak untuk membuang toksin.
D) Badan terasa ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21)Rasa takut mengejut:Lemah fungsi buah pinggang dan tenaga batin.

22) Cepat naik darah/marah: Fungsi hati lemah dan tekanan darah tinggi.

23) Rasa bimbang dan takut: Sistem paru-paru yang lemah.

24)Rasa seronok dan bimbang tanpa sebab:
i) Sistem jantung lemah .
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25) Suka berfikir dan berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.