Saturday 31 December 2011

Tentang Dia..

Dirimu umpama cahaya matahari..  
Yang menerangi hidupku..
Yang selame ini gelap tanpa cahayamu..
Tanpamu diriku kesunyian dan kesepian..
Kini dirimu hadir menemaniku..
Menemaniku di setiap saatku memerlukanmu..
Terima kasih sygku..
Jangan pernah tinggalkan diriku..
Hidupku xbermakna tanpamu...

Tentang Kehidupan..

Setiap manusia pasti mempunyai sesuatu yg ingin dicapai dlm kehidupan..
Namun apa yg kite mahukan dlm kehidupan kite xsume kte dpat..
Dan terjadi sperti yg kite mahukan..
Jadi belajar lar menerima segala yg telah terjadi dlm kehidupan kte..
Dan blajar mensyukuri ape yg kte ade.. 
Ingatlah setiap ape yg trjadi pasti ade hikmahNya..

You Taught Me..

I wanted a mansion once... that is until I met you,
Now the only place I want to live is inside your heart
I once desired diamonds... until I met you,
Now the only sparkle I need comes from within
I used to crave the finest clothing... until I met you,
Now I want not a single thread to separate our bodies
I once coveted a fancy car... until I met you,
Now I want nothing that would put miles between us
I once prayed for money... until I met you,
Now I want none of the things money can buy
I once yearned for a sense of security... until I met you,
Now my only security comes is knowing you are near
I once dreamt of a prestigious job... until I met you,
Now I find my success in knowing that you are happy
I once asked for the world on a silver platter... until I met you,
Now you are my world and I want for nothing but your touch
Loving you has been my teacher; you taught me not to want
Being with you has been my discovery; you are all that I need
Finding you has been my salvation, I now understand grateful
But perhaps of most importantly...
Your love in return has been my everything

Thursday 29 December 2011

Rahsia Personaliti Melalui Jenis Darah

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri?
Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling
mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Thursday 22 December 2011

Cinta Muka Buku.. :)

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Saturday 17 December 2011

Kawan Sejati..

Sy psti tntu stiap drpda kta mmpunyai kwan kn. Klau x kwan krib,kwan biasa-biasa. Ini adalah naluri mnusia. Kta diciptakan utk saling brsosial dan brkomunikasi sesama sndiri. Cuba bayangkn hdup ini tnpa sesiapa utk kta brcakap dan brmain? Tntu sunyi sepi kan. 

Ada yg menghadapi msalah dlm mncari kwan dan hbungan itu sndiri. Kdang-kdang apabila kta brbuat baik kpd kwan, x prnah langsung diendahkan dan dihargai. Ada yg menikam dr blakang. Hrapkan pgar, pgar mkan padi. Kwan jnis ini x brkualiti.

Smua orang ada kwan. smua orang jga boleh mnjadi kwan. Nmun, bolehkah kta mnjadi seorang kwan yg baik? Seorang kwan yg membntu kwannya yg lain ktika mreka dlm kesusahan. 

Ada orang kata, kwan yg baik adalah yg menemani di saat tawa dan tangis. Benar sma sekali. Itu adalah kwan yg sjati. Itu adalah shabat. Orang yg boleh kta hrapkan dlm apa jua keadaan. Tman tmpat utk meluahkan sgala prasaan, isi hati yg trpendam dlm ruang yg trsmbunyi.

Stiap drpd kta boleh mnjadi kwan sjati. Bkan kwan rpat, tp kwan yg sjati dan brkualiti. Nmun sdah tntunya x smua orang yg mmilih prkara sedemikian. Bila kwan ditimpa ksusahan, msing-msing hilangkan diri. 

Bkanlah ssah mnjadi seorang kwan sjati. Kwan yg brkualiti dn ikhlas dlm prhubungan trsebut. Mari kta renungkan diri..

Adakah anda seorang kwan sjati???..  

Senyumlah seikhlas hati..

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan dan juga persahabatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jadi anda semua jangan lupa untuk senyum, mulalah hari anda dengan senyuman. Sekerat atau meleret atau sampai kehujung telinga….tak kisah lah. Jangan senyum sinis dah lah, tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pulak. Cukup sekadar nya sahaja ok. Sebab bila ketawa berlebihan pun akan mengelapkan hati.
Orang tua-tua dulu selalu berkata (berpesan), jangan gelak keterlaluan sangat kerana nanti lepas ni kita akan menangis pula (mendapat peristiwa/berita sedih).