Friday 22 February 2013

Jenis-jenis Sakit Dada


  1. .    Masalah Jantung
    §  Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
    §  Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
    §  Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
    §  Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
    §  Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan/menambah bilangan bantal semasa tidur
    §  Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
    §  Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
    §  Sakit pada mana-mana bahagian badan
    §  Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
    §  Kulit kebiru-biruan
    §  Bengkak kaki
    Bukan Masalah Jantung
    Masalah system pencernaan :
    -Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada
    -Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut
    -Mempunyai masalah menelan makanan
    -penghasilan air liur yang berlebihan
    -rasa mual, pening, dan muntah
    Masalah system pernafasan :
    -sakit dada secara tiba-tiba
    -nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat
    -batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)
    -sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)
    -denyutan jantung menjadi kencang
    -Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan
    -Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam

    Masalah otot dan tulang:
    -Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan
    -sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam
    -nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)
    -mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada

    Psikologi (tekanan diri)
    -sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul
    -denyutan jantung menjadi kencang
    -nafas menjadi pendek
    -berpeluh berlebihan tanpa sebab

    §  Kanser
    §  Organ dalam badan pecah
    - sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang
    - bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)

    Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal perubatan?
    BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN DADA.
    TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA.

      
    Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke hospital
    1.    Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung berdasarkan simptom yang spesifik, terus mengunyah pil aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum menelan untuk penyerapan dan tindak balas ubat yang cepat
    2.    Jika anda mengesyaki ianya serangan pada salur pencernaan; acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada esophagus, sila mengambil antacid.