Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam
Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan
cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan
dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih
dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan
di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa
solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak
sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di
kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif
akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.
Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas
agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih
banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi
ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan
sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas
dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja
kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.
Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang
kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak
banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia
maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4
rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan
Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta
alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. wallahu
a’lam
No comments:
Post a Comment